Pages

Penyakit mata berair

Air mata berlebihan boleh disebabkan oleh dua mekanisma: penghasilan air mata berlebihan atau penyumbatan pada saliran air mata. Kadangkala kedua-dua mekanisma tersebut boleh berlaku serentak.

Air mata dihasilkan oleh pelbagai kelenjar yang terdapat pada bahagian lapisan dalam kelopak mata . Pengaliran keluar air mata pula adalah melalui dua bukaan kecil disudut dalam kelopak mata. Apabila mata berkelip, air mata akan dialirkan kebukaan tersebut dan seterusnya mengalir keruang nasal melalui saluran nasolakrimal. Mata akan berair sekiranya berlaku penyumbatan saluran nasolakrimal seperti yang dibincangkan di atas.

Keadaan-keadaan lain yang boleh menyebabkan mata berair adalah seperti berikut.


Konjunktivitis

Jangkitan kuman pada mata menyebabkan mata berair, discaj,kemerahan dan bengkak pada kelopak mata.

Keadaan-keadaan kornea

Ektropion
Gangguan pada lapisan kornea (mata kering, luka pada kornea, kedudukan bulu mata yang kedalam, dan bendasing pada kornea) boleh menyebabkan mata berair dengan rasa bendasing didalam mata atau sakit.

Ektropion

Kedudukan kelopak mata yang terkeluar menyebabkan kekeringan kornea dan kedudukan bukaan saliran air mata yang tidak betul, lantas menyebabkan mata berair.
Entropion

Entropion

Kedudukan kelopak mata yang menghala kedalam boleh merangsang kesakitan lantas menyebabkan pengeluaran airmata yang banyak.

Glaukoma Kongenital

Mata berair pada bayi selalunya disebabkan oleh kelewatan pembukaan saluran nasolakrimal. Ini juga merupakan tanda-tanda glaukoma kongenital yang memerlukan rawatan perubatan yang awal.

Penyumbatan Saluran Nasolakrimal

Penyumbatan pada sistem saliran ini selalunya tidak mendatangkan kesakitan dan menyebabkan pengeluaran airmata berlebihan secara spontan. Pengeluaran airmata yang berterusan memaksa pesakit mengesatnya sepanjang hari. Kadangkala air mata boleh mengalir keluar pada masa yang tidak sesuai ketika bersosial.

Rawatan yang diberikan bertujuan untuk mencari punca penyumbatan. Penyaliran cecair pada sistem ini dengan menggunakan tiub boleh membantu menentukan lokasi penyumbatan tersebut. Pembedahan boleh menghasilkan bukaan baru untuk pengaliran keluar air mata ke ruang nasal dan melegakan keadaan pesakit.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Artikel Popular