Pages

Penyakit selsema burung H5N1

Selesema Burung adalah sejenis penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus yang menyerang ungas (burung-buurng, ayam, itik dan lain-lain) dan juga haiwan seperti khinzir. Virus Selesema Burung adalah jenis yang khusus dan dalam keadaan tertentu dapat menjangkiti manusia.

Negara yang mana yang telah dijangkiti oleh virus H5N1 yang berpunca dari kilang ayam itik?

Bermula daripada pertengahan bulan Disember 2003 negara-negara yang tersebut di bawah telah dikenalpasti terdapat rebakan virus H5N1.
  • Spain
  • Japan
  • Italy
  • Thailand
  • Crotia
  • Cambodia
  • Austria
  • Lao People's Democratic Republic
  • Hungary
  • Indonesia
  • Slovenia
  • China
  • France
  • Russia
  • Germany
  • Kazakhstan
  • Denmark
  • Romania
  • Bulgaria
  • Turkey
  • Nigeria
  • Greece
  • Egypt
  • Iraq
  • India
  • Azerbaijan
Dalam bulan Ogos 2004, Kelantan telah dilanda serangan wabak Selesema Burung yang melibatkan ternakan ayam itik. Pemantauan berterusan oleh Jabatan Veterinar keatas ladang-ladang ternakan ayam itik dan burung-burung penghijrahan burung-burung hijrah bagi mengelak serangan Selesema Burung berulang.

Negara manakan Selesema Burung telah menjangkiti manusia?


Semenjak bulan Disember 2004 hingga 27 hb. Februari 2006, pengesahan makmal terhadap kes-kes melibatkan manusia telah dilaporkan di Kemboja, China Indonesia, Iraq, Thailand, Turki dan Vietnam.

Komplikasi


Serangan virus H5N1 yang berterusan diladang-ladang ternakan yam itik akan memberi dua kesan utama terhadap kesihatan manusia:

  • Risiko pertama adalah jangkitan terus daripada ayam itik kepada manusia dan akan mengakibatkan penyakit yang serius.
  • Risiko kedua adalah lebih merbahaya, kerana virus akan bertukar wajah dan boleh berjangkit dari manusia. Perubahan tersebut boleh mencetuskan wabak keseluruh dunia (a pandemic).
Adakah virus daripada unggas mudah menjangkiti manusia?

Tidak. Walaupun lebih 100 orang telah dijangkiti semasa berlakunya wabak tetapi jumlah ini masih kecil kalau di bandingkan dengan jumlah unggas yang terlibat..

Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Punca utama manusia dijangkiti virus tersebut adalah melalui sentuhan secara langsung dengan unggas yang telah dijangkiti, permukaan dan benda-benda yang tercemar dengan najis unggas tersebut. Najis merupakan sumber yang banyak mengandungi virus.

Untuk makluman, kebanyakan kes-kes yang berlaku adalah di mana sesebuah keluarga memelihara ayam itik yang bebas dan kadanag-kadang ianya boleh keluar masuk kedalam rumah mereka atau pun berkongsi halaman dimana anak-anak bermain.

Adakah selamat memakan ayam itik dan produk keluaran ayam itik?

Ya, beberapa langkah berjaga-jaga perlu di ikuti bagi negeri-negeri yang telah mengalami wabak tersebut. Bagi kawasan yang tidak terlibat, ayam itik dan juga hasil keluarannya selamat dimakan. Amalan kebersihan yang baik dan memasak dengan betul boleh mengelakkan daripada dijangkiti virus H5N1.

Bagi kawasan ladang ternakan yang mengalami wabak, ayam itik dan hasil keluaran produknya adalah selamat dimakan jika ianya dimasak dan penyediaannya dikendalikan dengan betul. Virus H5N1 sensitif kepada haba. Suhu biasa semasa memasak (70 darjah selsius dalam semua bahagian makanan) boleh membunuh virus tersebut. Pastikan daging dimasak sepenuhnya dan telur direbus keras.

Tanda dan Gejala

Anda boleh disyaki menghidap Selesema Burung sekiranya terlibat dengan ternakan yang sakit dan mati dalam jumlah yang banyak.

Pesakit mungkin mengalami demam tinggi yang melebihi 38 darjah selsius, sakit kepala, sakit otot, batuk, sakit tekak, muntah, sakit perut, cirit-birit dan sesak nafas.

Pencegahan

  • Cara memasak yang selamat
  • Mengamalkan kebersihan diri:
    • Langkah yang paling penting adalah mencuci tangan terutama selepas menyentuh dengan seseorang yang menghidapi jengkitan pernafasan.
    • Amalkan tabiat mencuci tangan anda sebelum makan, selepas menggunakan tandas dan selepas anda batuk atau bersin atau menghembus hidung. Cuci tangan anda dengan sabun dan air, sental pergelangan tangan, tapak tangan, jari-jari dan kuku anda selama 10 ke 15 saat. Bilas dan lap dengan tuala yang bersih dan kering atau tuala pakai buang.
    • Elakkan daripada menggosok mata, menyentuh hidung atau mulut anda.
    • Jangan berkongsi pinggan mangkuk.
    • Jangan melawat orang yang menghidapi selesema melainkan betul-betul perlu. Sekiranya ahli keluarga anda menghidapi selesema, simpan barang-barang keperluannya seperti tuala dan asingkan barang-barang keperluannya daripada ahli keluarga yang lain.
    • Cuci permukaan (bilik air, kepala paip, sinki dan kaunter dapur) selepas pesakit menggunakannya.
    • Elakkan berada di dalam kumpulan orang ramai.
  •     Jaga kesihatan anda, amalkan cara hidup sihat.
  •     Penjagaan diri anda
    • Kekal sihat samada fizikal ataupun mental
    • Jangan merokok
    • Minum air lebih
    • Tidur secukupnya
Apakah nasihat kepada pengembara-pengembara yang melawat negara yang pernah mengalami wabak H5N1 selesema burung?

WHO tidak mengenakan sebarang sekatan kepada mana-mana pelawat untuk melawat negara yang pernah mengalami wabak selesema burung termasuk Negara yang terlibat dengan jangkitan terhadap manusia. Pelawat-pelawat yang melawati kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya jangan menyentuh dengan binatang hidup dikedai binatang, ayam itik dari ladang ternakan dan juga ayam itik yang dikurung ataupun yang bebas.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Artikel Popular