Pages

Kehilangan suara

Pengenalan

Apakah peti suara?
Peti suara terletak di dalam tekak, ia mempunyai 3 fungsi:
  1. Pernafasan
  2. Mencegah daripada makanan masuk ke dalam paru-paru
  3. Penghasilan suara
Kedudukan peti suara untuk melindungi paru-paru daripada dimasuki benda asing


Definisi

Kehilangan suara atau lebih dikenali sebagai serak adalah keadaan di mana suara menjadi tidak normal. Suara mungkin menjadi lemah, bergetar, tertekan atau berlaku perubahan dalam frekuensi atau kekuatan bunyi.
Sebab-sebab
Kebanyakan punca punca kehilangan suara adalah tidak bahaya(benign) tetapi ada sebilangan kes yang disebabkan oleh kanser.

Contoh contoh punca yang tidak bahaya( benign) :
  1. Jangkitan kuman (Laringitis akut selalunya disebabkan oleh demam selsema dan jangkitan virus).
  2. Iritasi disebabkan oleh penggunaan suara yang berlebihan( menjerit di acara sukan ataupun konsert)
  3. Penggunaan suara yang berlebihan seperti yang berlaku pada guru, penyanyi boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil "polyp" atau "nodul"
  1. Bahan bahan yang menyebabkan keradangan seperti merokok, terhidu atau tertelan bahan kimia .
  2. Masalah refluks asid dari dalam perut ke tekak . Ia selalunya berlaku kepada pesakit gastric dan orang tua.

Tanda dan Gejala
  • Suara bertukar menjadi serak , ia mungkin berterusan atau berulang ulang
  • Susah bernafas
  • Rasa perit di bahagian tekak
  • batuk
  • Rasa tercekik atau susah menelan
  • Bengkak di leher

Komplikasi

Kesukaran berkomunikasi Kesukaran bernafas Kadang-kadang penyakit kanser boleh di salah diagnosakan sebagai penyakit benign.


Rawatan

Rawat punca utama penyakit
Berehat dari menggunakan suara
Elakkan merokok, alkohol, penggunaan suara yang keterlaluan
Merawat refluks gastrik
Rawatan pembedahan kadang-kadang diperlukan
Penyakit kanser perlu diperiksa dan dirawat dengan rapi oleh pakar ENT


Pencegahan

Elakkan merokok, alkohol dan penggunaan suara yang keterlaluan
Ubah cara pemakanan bagi pesakit refluks
Rehabilitasi
Pegawai pemulihan pertuturan (speech therapist)

No comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Artikel Popular