Pages

Antihipertensif

Index Antihipertensif

Amiloride Enalapril Nifedipine
Amlodipine Felodipine Perindopril
Atenolol Furosemide Prazosin
Bisoprolol Irbesartan Propranolol
Captopril Labetolol Ramipril
Carvedilol Losartan Spironolactone
Chlorothiazide Methyldopa Telmisartan
Clonidine Metolazone Valsartan
Diltiazem Metoprolol Verapamil
Minoxidil

Antihipertensif

JENIS TINDAKAN KESAN SAMPINGAN LANGKAH BERJAGA-JAGA
Penghalang Reseptor Beta :
Atenolol
Bisoprolol
Carvedilol
Labetolol
Metoprolol
Propranolol
  • Mengawal tekanan darah tinggi
  • Membantu melegakan sakit dada atau angina
  • Membantu jantung untuk berdegup pada kadar yang lebih stabil dan tetap
  • Menge
    lakkan ulangan serangan jantung
  • Membantu dalam rawatan kegagalan jantung kongestif
  • Membantu melegakan lain-lain indikasi termasuk glaucoma, sakit kepala yang teruk (migrant), meng
    geletar.
Kesan Biasa :
  • Pening atau terhoyong - hayang
  • Mengantuk
  • Sukar tidur
  • Keletihan yang luarbiasa atau lemah badan
  • Penurunan keupayaan seksual
Kesan Jarang :
  • Kesukaran bernafas
  • Bengkak kaki
  • Degupan jantung kurang dari 50 denyutan seminit
Sekiranya terdapat tanda - tanda seperti di atas, pastikan anda mendapat nasihat doktor dengan segera.
Penghalang Reseptor Beta boleh memburukkan lagi keadaan di bawah ini :
Sila beritahu doktor / pegawai farmasi sekiranya anda :
  • Alah terhadap ubat - ubatan tersebut
  • Ada mengambil ubat lelah atau ‘hay fever’
  • Mempunyai penyakit respiratori
  • Mempunyai penyakit kencing manis
  • Mengalami kemurungan
Perencat Enzim Penukaran - Angiotensin :
Captopril
Enalapril
Perindopril
Ramipril
  • Mengawal tekanan darah tinggi
  • Merawat kegagalan jantung kongestif
  • Membantu mengatasi lain - lain indikasi : mening
    katkan fungsi ginjal dalam penyakit kencing manis
Kesan Biasa :
  • pening
  • rasa terhoyong - hayang terutamanya bila berdiri / bangun dari duduk atau baring
  • kulit menjadi gatal dan merah
  • batuk yang kronik atau sakit tekak
Batuk yang kronik ini disebabkan oleh Perencat Enzim Penukaran - Angiotensin dan selalunya kering. Ia tiada kaitan dengan semput.
Kesan Jarang :
  • Bengkak muka, bibir dan / atau lidah
  • Kesukaran bernafas
Sekiranya terdapat tanda - tanda seperti di atas, pastikan anda mendapat nasihat doktor dengan segera.
Sila beritahu doktor / pegawai farmasi sekiranya anda menghidapi :
  • Gout
  • Artritis
  • Penyakit jantung atau tekanan darah tinggi
  • Penyakit ginjal
  • ‘Systemic lupus erythematosus’ (SLE)
Ubat - ubatan ini juga boleh menyebabkan :
  • ekanan darah rendah
  • Penurunan kadar fungsi ginjal
  • Peningkatan paras potasium
Doktor anda akan menjalankan ujian darah bagi menentukan paras potassium dan fungsi ginjal apabila regimen ubat anda ini dimulakan.

Penghalang terusan kalsium : Amlodipine
Diltiazem
Felodipine
Nifedipine
Verapamil
  • Membantu melegakan atau menghalang sakit dada atau angina
  • Merawat tekanan darah tinggi
  • Mengawal degupan jantung yang tidak sekata, atau rentak jantung yang tidak normal bagi verapamil dan diltiazem sahaja
  • Lain - lain kegunaan : melegakan gejala yang disebabkan oleh 'spasm' dari pendarahan otak
Kesan Biasa :
  • Pening apabila berdiri atau bangun dari duduk atau baring
  • Cirit - birit atau sembelit
  • Penglihatan kabur
Kesan Jarang :
  • Kesukaran bernafas
  • Bengkak tangan dan / atau kaki
  • Degupan jantung yang tidak tetap
  • Bengkak gusi
Sekiranya terdapat tanda - tanda seperti di atas, pastikan anda mendapat nasihat doktor dengan segera.
Sila beritahu doktor / pegawai farmasi sekiranya anda :
  • Mengambil ubat - ubatan lain untuk merawat penyakit jantung atau tekanan darah tinggi
  • Pernah dirawat untuk degupan jantung yang perlahan atau kegagalan jantung kongestif
Jangan berhenti mengambil ubat - ubatan ini secara mendadak, atau tanpa pengawasan doktor anda. Pemberhentian pengambilan ubat - ubatan ini secara mendadak boleh memberi kesan buruk terhadap jantung dan saluran darah anda.
Penghalang Reseptor Angiotensin
- II :
Losartan
Telmisartan
Valsartan
  • Merawat tekanan darah tinggi
  • Merawat kegagalan jantung kongestif
Penghalang Reseptor Angiotensin - II menurunkan tekanan darah tinggi dengan menghalang aktiviti hormon yang menyempitkan saluran darah dalam badan.
Kesan Biasa :
  • Rasa terhoyong - hayang
  • Rasa pitam
  • pening
  • loya
  • cirit birit
Kesan Jarang :
  • gangguan tidur
  • batuk
  • bengkak muka, bibir atau lidah
  • kesukaran bernafas
Sekiranya terdapat tanda - tanda seperti di atas,pastikan anda mendapat nasihat doktor dengan segera.
Sila beritahu doktor atau pegawai farmasi sekiranya anda :
  • mempunyai penyakit lain terutamanya penyakit ginjal.
Ubat - ubatan ini boleh menyebabkan kesan buruk terhadap fungsi ginjal anda, akan menjadikan paras potasium anda meningkat. Doktor anda mungkin akan meminta menjalankan ujian darah untuk memantau keadaan ini.
Diuretik : Thiazide Diuretics
Chlorothiazide
Metolazone
Diuretik Lingkaran : Furosemide
Diuretik Potassium Sparing Amiloride

Moduretic (Amiloride Plus Hydro
chlortizide)
Diuretik digunakan untuk merawat :
  • Tekanan darah tinggi
  • Kegagalan jantung kongestif
  • Lebihan kandungan air dalam badan
Diuretik bertindak pada ginjal dengan mengeluarkan air dan garam (natrium). Kesan ini dapat mengurangkan beban ke atas jantung dan mengurangkan bengkak, seterusnya mengurangkan tekanan darah. Oleh itu diuretik juga dikenali sebagai 'pil air'.
Kesan Biasa :
  • Kencing kerap
  • Pening apabila berdiri, atau bangun dari duduk atau baring
  • Rasa terhoyong - hayang
  • Dahaga
  • Lemah otot
Kesan Jarang :
  • Sakit tekak
  • Lebam
  • ruam
Sekiranya terdapat tanda - tanda seperti di atas, pastikan anda mendapat nasihat doctor dengan segera.
Sila beritahu doktor / pegawai farmasi sekiranya anda :
  • dipreskrip ubat litium, pil tidur atau lain - lain ubat untuk merawat arthritis dan darah tinggi.
  • Mempunyai penyakit hati atau ginjal, kencing manis atau gout.
  • Alah / sensitif terhadap ubat ‘sulfonamid’
Kumpulan diuretik iaitu 'potassium - sparing' boleh menyebabkan anda kehilangan potasium. Ini boleh menyebabkan paras potasium rendah dan rasa keletihan yang ketara. Ia juga boleh menyebabkan kekejangan otot atau degupan jantung yang tidak stabil. Oleh itu, adalah penting untuk membuat pemeriksaan paras potasium yang tetap untuk memastikan paras potassium dalam julat yang normal.
Ubat diuretik perlu di ambil di waktu pagi atau sebelum pukul 6.00 petang memandangkan ia boleh mengakibatkan kencing kerap dan mengganggu tidur.
Centrally Acting Antihyper
tensives :
Clonidine
Methyldopa
  • Menurunkan kadar degupan jantung
  • Menurunkan tekanan darah tinggi.
Bertindak dengan mengawal isyarat disepanjang laluan saraf tertentu. Ia merehatkan salur darah supaya darah dapat melalui dengan mudah dan seterusnya menurunkan tekanan darah tinggi dan degupan jantung.
Kesan Biasa :
  • Rasa keliru
  • Rasa terhoyong hayang
  • Mengantuk
  • Mati pucuk
  • Sembelit
  • Mulut kering
  • Sakit kepala
Kesan Jarang :
  • Degupan jantung cepat
  • Degupan jantung perlahan
  • Berdebar - debar
  • Sakit dada
  • Kegagalan jantung kongestif
Sekiranya terdapat tanda - tanda seperti di atas, pastikan anda mendapat nasihat doktor dengan segera.
Pemberhentian pengambilan ubat secara mendadak adalah merbahaya kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah secara mengejut. Jangan berhenti mengambil ubat ini tanpa arahan doktor.
Penghalang Reseptor Alfa Prazosin Merehatkan otot tertentu serta membenarkan saluran darah kecil terbuka. Penghalang Reseptor Alfa bertindak dengan menghalang hormon noradrenaline dari bertindak ke atas dinding salur darah kecil yang terdapat pada otot - otot tertentu. Sekiranya tindakan hormon ini tidak dihalang, maka salur darah tersebut akan menjadi sempit dan darah tidak dapat mengalir dengan sempurna. Kesan Biasa :
  • Pening
  • Degupan jantung yang kuat
  • Loya
  • Lemah badan
Kesan Jarang :
  • Ruam
  • Hidung tersumbat
Sekiranya terdapat tanda - tanda seperti di atas, pastikan anda mendapat nasihat doktor dengan segera.
Sila beritahu doktor atau pegawai farmasi sekiranya anda :
  • Mengalami pitam setelah mengambil dos pertama prazosin. Untuk mengelakkan rasa pening, bangun perlahan - lahan daripada keadaan duduk atau baring. Ini adalah kerana Penghalang Reseptor Alfa boleh menyebabkan penurunan tekanan darah yang ketara, terutama pada dos pertama.
  • Menghidapi penyakit hati, ginjal dan jantung
Vasodilator Minoxidil Bertindak dengan mengembangkan dinding salur darah arteri. Oleh itu memudahkan aliran darah dan dapat menurunkan tekanan darah serta mengurangkan beban kerja jantung. Kesan Biasa :
  • Pengumpulan cecair badan
  • Rasa terhoyong - hayang
  • Kulit kemerahan
  • Pening
  • Pertumbuhan rambut yang bersifat sementara (muka, tangan dan belakang badan)
  • Hidung tersumbat
Kesan Jarang :
  • Sakit dada
  • Degupan jantung cepat
  • Berdebar - debar
Sekiranya terdapat tanda - tanda seperti di atas, pastikan anda mendapat nasihat doktor dengan segera.
Sila beritahu doktor atau pegawai farmasi sekiranya anda :
Mengalami reaksi luar biasa atau alahan pada minoxidil
  • Mengamalkan diet rendah sodium atau gula atau diet khas
  • Sedang mengandung
  • Menyusukan anak
  • Baru mendapat serangan jantung atau strok
  • Mengambil ubat yang mengandungi ranitidine dan nitrat
  • Menghidap masalah kesihatan lain seperti angina, penyakit ginjal dan 'pheochro
    mocytoma'.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Artikel Popular