Pages

Bengkak Muka

Apa itu bengkak muka?

Bengkak muka adalah pembesaran atau pengembangan pada muka disebabkan oleh pengumpulan cecair badan atau keradangan pada tisu muka. Kebengkakan boleh berlaku pada mana-mana bahagian muka, dengan bibir, pipi dan kelopak mata adalah bahagian yang menunjukkan perubahan yang ketara. Bengkak muka juga dikenali sebagai edema muka.

Terdapat pelbagai penyakit, situasi atau ketidaknormalan yang sedikit atau teruk boleh menyebabkan bengkak muka. Kebengkakan ini boleh disebabkan oleh jangkitan, keradangan, trauma dan malignan (kanser).

Bergantung kepada faktor penyebab, bengkak muka boleh terjadi dengan seketika seperti di kebengkakan pada kelopak mata yang disebabkan oleh reaksi alergi pada bulu haiwan. Ia jua boleh berlaku pada jangka masa panjang  dan disertai dengan tanda-tanda infeksi seperti resdung.

Oleh kerana itu, bengkak muka dan bengkak secara umum boleh dianggap tanda-tanda yang serius, maka ada disyorkan mendapatkan rawatan doktor.

Jika anda mengalami bengkak muka disertai dengan kesukaran untuk bernafas, alergi, teramat stres atau kepanasan, hendaklah mendapatkan rawatan segera.


Apakah gejala lain yang mungkin terjadi semasa bengkak muka?

Bengkak muka boleh terjadi bersama gejala-gejala lain bergantung kepada faktor penyebab atau penyakit. Contohnya, jika terdapat kebengkakan pada pipi dan mata yang disebabkan oleh resdung.

Gejala yang mungkin berlaku  berlaku bersama bengkak muka

Bengkak muka boleh terjadi bersama gejala lain seperti:
  • Sakit dan kemerahan mata
  • Sakit muka
  • Keletihan
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Bisul
  • Kesakitan semasa mengunyah atau menelan
  • Bengkak yang sakit pada bahagian telinga

Gejala yang membahayakan nyawa

Pada sesetengah kes, bengkak muka boleh menandakan keadaan yang membahayakan nyawa yang memerlukan rawatan kecemasan. Sila dapatkan rawatan segera jika anda, atau orang lain mempunyai mana-mana  gejala di bawah:
  • Batuk, lelah atau kesukaran untuk bernafas
  • Bengkak muka selepas trauma kepada kepala dan muka
  • Rasa tekak amat sempit
  • Demam dengan kawasan yang sakit dan merah di muka
  • Kebengkakan pada keseluruhan badan
  • Ruam dan gatal
  • Ketegangan atau stres yang melampau
  • Kegatalan pada mulut dan tekak
  • Kepucatan atau kulit menjadi kebiruan
  • Kebengkakan mata sehingga sedikit tersembul keluar, demam dan sakit
  • Kebengkakan yang besar secara tiba-tiba

Apa yang menyebabkan kebengkakan muka?

Kebengkakan muka boleh disebabkan oleh keradangan, alahan, trauma atau jangkitan pada tisu muka. Ia jua boleh disebabkan oleh keadaan yang biasa seperti  jangkitan sinus (resdung) atau keadaan yang mengancam nyawa seperti alergi yang teruk dan nanah pada bahagian leher yang memerlukan rawatan segera.


Jangkitan yang menyebabkan kebengkakan muka

Bengkak muka boleh disebabkan oleh berbagai jenis jangkitan termasuklah:
  • Jangkitan kuman pada gigi dan bernanah.
  • Jangkitan kuman pada mata (bakteria atau virus)
  • Jangkitan pada kulit muka
  • Beguk
  • Jangkitan pada sinus atau resdung
Jangkitan pada gigi boleh berpunca dari:
  1. Karies gigi yang terkena pulpa (keradangan pulpa)
  2. Nanah periapikal gigi yang tidak vital (disebabkan oleh trauma, pecah atau berkaries di bawah tampalan)
  3. Nanah pada periapikal dan gusi
  4. Gigi mula tumbuh (terutama pada gigi geraham bongsu)
  5. Akar gigi yang tertinggal di atas atau di bawah gingival
Jangkitan kuman pada gusi boleh disebabkan oleh:
  1. Tumor atau sista
  2. Jangkitan tulang rahang
  3. Kematian tulang rahang
  4. Kepatahan tulang rahang
  5. Jangkitan pada soket cabutan gigi

Soalan yang ditanya untuk mendapatkan diagnosa bengkak muka

Untuk mendapatkan diagnosa bengkak muka, doktor akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan gejala-gejala. Anda boleh membantu doktor yang merawat untuk mendiagnosa punca kebengkakan muka dengan menjawab dengan lengkap soalan-soalan di bawah:
  • Di manakah kawasan bengkak pada muka?
  • Terangkan mengenai bengkak tersebut. Bila bengkak terjadi? Adakah dia dating dan pergi atau sentiasa bengkak?
  • Adakah anda makan makanan atau menyentuh sesuatu sebelum bengkak muka bermula?
  • Adakah anda mengalami sakit gigi, kesukaran untuk bernafas atau lain-lain gejala?
  • Memberitahu sejarah perubatan, termasuklah semua penyakit, pembedahan dan rawatan, sejarah perubatan keluarga; dan senarai ubat-ubatan yang diambil termasuklah diet tambahan.

Apakah rawatan kepada jangkitan pada muka?
  • Rawatan antibiotik
  • Pembedahan - Insisi dan Pengaliran
  • Pembuangan penyebab jangkitan

Penjagaan di rumah.
  • Tuamkan dengan air sejuk pada bahagian bengkak
  • Meninggikan kepala pada katil untuk mengurangkan kebengkakan

Bila perlu mendapatkan rawatan perubatan?

Anda perlu mendapatkan rawatan sekiranya:
  • Kebengkakan yang mengejut dan amat sakit
  • Kebengkakan yang berlarutan dan bertambah besar
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Demam, keletihan dan kemerahan pada badan menunjukkan jangkitan
Nama lain

Sembab muka, bisul muka, muka bulat.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Artikel Popular