Pages

Degupan tidak normal


Ketidaknormalan pada jantung menghasilkan isyarat elektrik yang cepat

Takikardia ialah keadaan di mana jantung berdegup lebih cepat daripada kadar biasa. Jantung individu dewasa yang sihat berdegup antara 60 hingga 100 kali seminit ketika rehat Jika anda mengalami keadaan takikardia kadar degupan jantung anda sama ada di bilik  bawah atau bilik atas jantung meningkat dengan ketara. Kadar degupan jantung di kawal oleh isyarat elektrik yang dihantar ke dalam tisu jantung.

Takikardia berlaku apabila ketidaknormalan pada jantung menghasilkan isyarat elektrik yang cepat. Berikut adalah keadaan aritmia degupan jantung tidak normal yang berlaku pada bilik atas atrium:


a)     Atrial Fibrilasi (AF)
Degupan bilik atas atrium berlaku cepat tetapi pada rentak tidak sekata. Degupan jantung ditentukan oleh pengepaman darah di Bilik bawah jantung iaitu Ventrikel juga tidak sekata dan cepat kadangkala melebihi 200 kali seminit (kadar biasa ialah antara 60 hingga 100 kali seminit).  Walaupun keadaan ini tidak mengancam nyawa AF boleh menyebabkan masalah jantung lain, antaranya cepat penat, kegagalan jantung atau strok. Kebarangkalian individu AF mengalami strok ialah lima kali ganda berbanding orang lain
b)     Atrial Bergetar (AFL)
Keadaan ini lebih kurang sama dengan AF iaitu mempunyai ciri degupan jantung yang cepat. Tidak seperti AFyang berpunca daripada beberapa isyarat elektrik yang tidak sekata. AFL disebabkan satu kitaran isyarat elektrik yang berputar sangat cepat didalam atrium (biasanya atrium kanan) mengakibatkan 300 degupan seminit pada rentak yang sekata
c)      Supraventrikular Takikardia (SVT)
Istilah ini merujuk kepada beberapa ritma degupan jantung yang pantas walaupun tidak berbahaya, ia boleh menyebabkan gejala seperti paIpitasi (berdebar debar), keletihan dan sesak nafas (nafas menjadi pendek). Biasanya ia berlaku secara tiba-tiba dan berhenti juga dengan mengejut. Keadaan ini boleh berlaku selama beberapa minit atau berlarutan sehingga beberapa jam.; sepanjang tempoh berlaku degupan tidak normal ini, ia berhenti seketika sebelum episod seterusnya.
Rentak jantung yang pantas ini disebabkan keradangan pada satu kawasan yang menghasilkan isyarat elektrik secara pantas (artrial takikardia) atau berlaku elektrik pintas yang membabitkan lebihan sambungan elektrik antara bilik atas dan bawah jantung. Ia biasanya dirawat dengan ubat atau prosedur ablasi (pembuangan tisu).

Gejala
Apabila jantung anda berdegup terlalu pantas ia mungkin tidak dapat mengepam darah dengan cekap; mengakibatkan organ dan tisu dalam badan kekurangan oksigen. Keadaan ini akan menyebabkan gejala takikardia iaitu:
  • Berdebar-debar atau degupan jantung terhenti seketika.
  • Degupan jantung terlalu pantas
  • Pitam (biasanya beriaku apabila tekanan darah menjadi terlalu rendah dan jantung tidak mengepam cukup oksigen ke otak)
  • Jantung bergetar
  • Degupan jantung terasa perlahan (brakikardia iaitu degupan kurang 60 kali seminit

Ujian jantung
Antara ujian yang dijalankan termasuk:
  • Ekokardiogram
  • Elektrocardiogram
  • ECG EKG
  • Perakam degupan jantung
  • Ujian senaman tekanan
  • Monitor Holter
  • Implan Perakam Gelung

Rawatan dan ubat
Sasaran rawatan takikardia ialah memperlahankan degupan jantung apabila ia berlaku, mencegah episod akan datang dan mengurangkan komplikasi

a)     Menghentikan degupan jantung yang terlalu pantas
Degupan jantung ini boleh kembali normal dengan sendiri dan anda juga boleh memperlahankan degupan jantung melalui pergerakan fizikal mudah.  Namun anda mungkin memerlukan ubat atau rawatan perubatan lain bagi memperlahankan degupan jantung. Cara memperlahankan degupan jantung ialah

  • Kaedah Vagal — Doktor akan meminta anda melakukan kaedah Vagal ketika episod  degupan jantung yang pantas. Kaedah ini memberi kesan kepada saraf vagus yang membantu mengawal degupan jantung. Kaedah ini termasuk batuk, menahan jika anda terasa hendak buang air besar dan meletakkan pek ais di muka
  • Ubat —Jika kaedah Vagal tidak berkesan anda mungkin memerlukan suntikan anti aritmia untuk mengekalkan degupan jantung yang normal. Suntikan ini hanya diberi di hospital. Doktor juga mungkin memberi anda pil anti aritmia seperti Plecainide atau Propafenone.
  • Versikardia — Dalam prosedur ini kejutan arus elektrik dihantar ke jantung melalui tampalan khas pada dada. Arus elektrik ini memberi kesan kepada impuls elektrik dalam jantung dan mengekalkan rentak degupan jantung yang normal. Ia biasanya digunakan ketika kes kecemasan apabila kaedah vagal dan ubat tidak berkesan.
b)     Mencegah episod degupan jantung yang pantas
  • Ubat anti aritmia boleh mencegah perkara ini jika diambil dengan teratur. Ubat lain yang boleh diberi sama ada sebagai alternatif atau diambil bersama ialah “calcium channel blocker” seperti diltiazem dan verapamil atau betabiockers seperti propranolol and esmolol.
  • Ablasi kateter radiofre kuensi —Degupan jantung kita dikawal oleh isyarat elektrik yang melalui jantung secara berterusan. Sebarang pintasan boleh  menyebabkan aritmia. Ablasi kardiak ialah prosedur yang digunakan untuk memusnahkan pintasan arus elektrik ini dan mengembalikan degupan normal atau menyekat laluan elektrik yang rosak daripada menghantar isyarat berlebihan kepada jantung.



Apa perlu anda jangkakan ketika prosedur ini?
Ablasi kardiak dilakukan oleh pakar elektrofisiologi kardiak —iaitu doktor yang pakar dalam mengenal pasti dan merawat masalah degupan jantung tidak sekata. Prosedur ini  membabitkan kemasukan kateter (satu tiub halus) ke dalam salur darah, biasanya melalui bukaan pada leher atau pangkal paha.

Kateter ini dimasukkan sehingga ia sampai ke jantung . Anda diberi ubat pelali untuk membuatkan anda tenang dan selesa serta bius pada kulit supaya kawasan yang dimasukkan kateter terasa kebas.

Di hujung kateter ini mempunyai elektrod untuk mengetahui kawasan yang mengalami elektrik pintas. Apabila kawasan dikenal-pasti elektrik pintas ini dirosakkan atau disekat.
Ini dilakukan dengan menghantar tenaga melalui kateter bagi memusnahkan tisu di kawasan berkenaan. Tenaga ini mungkin tenaga panas radiofrekuensi atau sangat sejuk sehingga membeku dan menghancurkan tisu.

Kebanyakan orang mengalami sedikit ketidakselesaan ketika prosedur ini dijalankan. Selepas selesai anda perlu berbaring atas katil selama empat hingga enam jam bagi memastikan kawasan yang dimasuki kateter sembuh dengan baik.
Kaedah ini sangat berkesan (99 peratus )dan menjadi pilihan utama untuk merawat masalah degupan jantung tidak normal.

Bagi ablasi atrial fibrilasi, kateter khas dimasukkan ke atrium kiri bagi mencari punca impuls tidak normal. Manakala kateter seterusnya digunakan untuk menghantar tenaga radiofrekuensi untuk menghasilkan lesi pada dinding luar salur darah.

Kaedah ini diulang untuk keempat-empat salur darah di jantung Lesi yang terbentuk akan sembuh sendiri dalam masa empat hingga lapan minggu dan membentuk parut bulat di salur darah. Parut ini akan menghalang sebarang impuls daripada memasuki salur darah dan secara tidak langsung memisahkan laluan rentak jantung yang tidak normal.

[sumber]

1 comment:

  1. Thnks for the answer..but im not so clear about AF,AFL,SVT..

    ReplyDelete

Artikel Terkini

Artikel Popular